
- JBS Sarawak
- Hits: 64
KESM2025 MERIAHKAN DUNIA ESPORTS PENJAWAT AWAM SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 6 Jun 2025 – Karnival Esports MAKSAK 2025 (KESM2025) telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 30 Mei 2025 bertempat di CENTEXS Kuching. Acara ini menghimpunkan seramai 32 pasukan mewakili pelbagai jabatan kerajaan negeri Sarawak yang bersaing dalam kejohanan permainan elektronik Mobile Legends: Bang Bang.
Penganjuran ini bertujuan memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam serta memupuk nilai kerjasama, fokus dan daya saing melalui medium digital yang kian popular.
Karnival ini juga menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baharu dalam dunia esports di peringkat penjawat awam.
Antara peserta yang turut mengambil bahagian ialah Hazwan Salleh Baihaki dan Nadzrul Idzlan Mohd Nor, kedua-duanya Pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak. Kehadiran mereka mencerminkan sokongan aktif JBSN terhadap perkembangan sukan elektronik sebagai satu cabang sukan masa depan.
KESM2025 berjaya mencipta gelombang baharu dalam penganjuran sukan penjawat awam negeri. Ia bukan sahaja menyatukan warga kerja kerajaan, malah mempamerkan potensi esports sebagai sukan yang inklusif, moden dan berimpak tinggi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama