
- JBS Sarawak
- Hits: 59
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN JBSN SARAWAK HADIR MESYUARAT KOLABORASI STRATEGIK PENGANJURAN LARIAN MAPPA XX 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 20 Mei 2025– Pegawai Pembangunan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak telah menghadiri Mesyuarat Kolaborasi Strategik Penganjuran Larian sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) 2025 Sarawak yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Operasi) itu bertujuan menyelaras perancangan awal penganjuran program larian yang dijangka menarik penyertaan besar daripada kalangan penjawat awam negeri. Kehadiran wakil JBSN Sarawak adalah penting dalam memastikan aspek pembangunan sukan, logistik, keselamatan dan penyertaan belia diberi perhatian sewajarnya.
Pelbagai agensi turut dijemput bagi membincangkan kolaborasi merentas jabatan bagi menjayakan program tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, perbincangan turut menyentuh keperluan penyelarasan teknikal, pematuhan SOP keselamatan, serta pengagihan tanggungjawab antara agensi terlibat.
Pihak JBSN Sarawak menyatakan komitmen penuh dalam menjayakan penganjuran larian ini yang bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam, malah mengeratkan silaturahim serta semangat patriotisme dalam kalangan peserta.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama