- JBS Sarawak
- Hits: 89
PERHIASAN SEMPENA HARI GAWAI YANG AKAN TIBA MERIAHKAN SUASANA PBSB MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 89
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 22 Mei 2025 – Menjelang sambutan perayaan Hari Gawai yang bakal tiba, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah tampil dengan inisiatif kreatif menghiasi ruang pejabat dengan pelbagai elemen bertemakan perayaan.
Setiap perhiasan yang dipasang bukan sahaja mencantikkan suasana, malah direka selaras dengan tema sambutan, mencerminkan semangat tradisi dan nilai budaya tempatan. Langkah ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih ceria, sekaligus membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan warga pejabat.
Usaha ini digerakkan oleh Puan Magdline dan Puan Suriani yang telah memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan kerja-kerja menghias. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah susunan kraftangan tradisional serta penggunaan motif-motif etnik yang menghiasi latar dan dinding pejabat.
Inisiatif ini turut diharapkan dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, selain menjadi pendorong untuk terus menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi identiti Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri