
- JBS Sarawak
- Hits: 68
SMK OYA SERTAI PROGRAM KEM BELIA MUKAH PADA OGOS NANTI
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 MEI 2025 – Program Kem Belia Peringkat Bahagian Mukah yang dijangka akan dilaksanakan pada 15-17 Ogos 2025 di Kem Belia Mukah turut disertai oleh para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Oya. Satu sesi perbincangan berkaitan penyertaan pelajar dari sekolah tersebut telah belangsung antara Puan Noorlina Mirais merangkap Pegawai Penyelaras Program bersama Encik Tawaran Gani, Pengetua SMK Oya serta pihak pentadbir yang lain.
Program Kem Belia Peringkat Bahagian Mukah 2025 yang dilaksanakan nanti melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Mukah dengan penyertaan 50 orang belia. Program selama 3 hari itu akan diisi dengan pelbagai modul yang menarik kepada para belia yang terlibat. Pihak pejabat berharap para pelajar yang terpilih akan memanfaatkan sepenuhnya peluang dan ruang yang ada semasa menyertai program tersebut dalam mendepani kehidupan yang lebih mencabar pada masa mendatang.