
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Sukan Rakyat Disambut Baik Masyarakat Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Sukan Rakyat Disambut Baik Masyarakat Bintulu
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 MEI 2025 – Pada 04 Mei 2025 yang lalu, satu program sukan rakyat telah diadakan di Padang Suarah, Bintulu. Sambutan dan sokongan bagi Sukan rakyat telah disambut baik masyarat Bintulu, walaupun kita di era moden kini namun sambutan amatlah memberangsangkan seperti peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Program sukan rakyat ini merupakan dana sukan komuniti yang telah dimohon dan dilaksanakan oleh kelab belia mulia bandar Bintulu. Program ini turut dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu YB Encik Johnny Pang Leong Ming N.68 Tanjong Batu.
Objektif program ini bagi memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai, meningkatkan semangat cintakan permainan tradisional serta melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan memelihara warisan bangsa.
Kaedah pelaksanan program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu acara individu dan berpasukan bagi acara individu iaitu menyumpit, Tarik tali dan sepak raga bulatan. Manakala acara berpasukan iaitu dam aji, congkak, batu Seremban, galah panjang, batak lampung, Tarik upih, ketinting, guli, katuk keli dan terompah gergasi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama