
- JBS Sarawak
- Hits: 60
PERJUMPAAN BERSAMA PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 60
DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAFIZUL HELMI , JBSN SARAWAK
LIMBANG, 27 MEI 2025 – Semalam telah diadakan satu perjumpaan diantara Unit Promosi Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan aktiviti bagi memperkasa lagi gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia cergas, sihat dan bersatu antara semua golongan masyarakat khursusnya di bahagian Limbang.
Encik Zaini Bin Abd Talib, Mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut memberi buah cadangan dan idea ketika perjumpaan tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang