
- JBS Sarawak
- Hits: 62
BELIA SMK SUNGAI PAOH MENYAMBUT SEMARAK HARI BELIA NEGARA DENGAN PENUH SEMANGAT DAN "YAKIN BOLEH"
- JBS Sarawak
- Hits: 62
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 15 Mei 2025 : Bersempena Semarak Hari Belia Negara Tahun 2025, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama bersama SMK Sungai Paoh dan Kelab Belia Pekan Pakan yang bertempat di Stadium SMK Sungai Paoh, Sarikei. Program tersebut bertujuan menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan HBN peringkat akar umbi dan satu penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak Kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Pelbagai aktiviti diselitkan dalam satu program seperti Pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia, Pertandingan Senamrobik, Persembahan Tarian, Pertandingan Kawad Kaki dan lain-lain.
Sambutan sangat meriah walaupun hujan dan angin kencang tidak mematahkan semangat para guru dan pelajar untuk memeriahkan suasana. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang terbaik daripada semua pihak sama ada secara langsung dan tidak langsung. Yakin Boleh!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
#yakinboleh