
- JBS Sarawak
- Hits: 94
MESYUARAT PENYELARASAN SEBANGKOI RAINFOREST TRAIL RUN & GLAMPING 3.0
- JBS Sarawak
- Hits: 94
Disediakan Oleh : MA. Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 15 Mei 2025 : Bermula pada tahun ini, Pesta Nanas di bahagian Sarikei akan dijenamakan semula dengan nama Sarikei Festival. Bersempena dengan penganjuran Sarikei Festival pada tahun ini, Duton Mountaineering Club dan MAKSAK Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Majlis Daerah Sarikei, KEMADAS dan Pejabat Hutan Wilayah Sarikei telah diamanahkan oleh Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Bahagian Sarikei, untuk melaksanakan Sebangkoi Rainforest Trail Run and Glamping 3.0 yang dijadual akan diadakan pada 25-27 Julai 2025 bertempat di Taman Rekreasi Sebangkoi.
Bagi melancarkan persediaan program tersebut, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SIC untuk menyelaras tugas-tugas agensi dan NGO's yang terlibat dalam penganjuran program ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei selaku pegawai penyelaras program. Antara aktiviti yang akan diadakan nanti ialah 10KM TRAIL RUN, 3.5KM FUN TRAIL, GLAMPING dan 6 acara sampingan iaitu Kembara Sebangkoi Trail 3KM, Walk Rally, RC Trail Crawler, Khidmat Komuniti MAKSAK, Sebangkoi Rainforest Musical Night serta Gerai Jualan. Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Haji Rani bin Haji Jemi, Pembantu Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan selaku setiausaha mesyuarat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d