PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 (SIRI 1 - BAHAGIAN SIBU)

PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 (SIRI 1 - BAHAGIAN SIBU)

SIBU, 18 MEI 2025 - Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sarawak 2025 (Siri 1 - Bahagian Sibu) telah berlangsung di Dewan Tertutup My Centre, Sibu yang diketuai oleh En. Awangku Adi Azwan Bin Awangku Bolhassan, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program ini dilaksanakan sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU, terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara. Program ini juga satu inisiatif untuk memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sukan. Sesi tersebut disertai oleh jurulatih Boccia & Badminton bersama staf Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Seramai 140 peserta OKU di sekitar Sibu telah berdaftar untuk mengikuti sesi ujian pada hari ini.

#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#madanisihat
#inspireitalent

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search