
- JBS Sarawak
- Hits: 85
PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA BAHAGIAN MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 85
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 MEI 2025 – Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 telah diadakan pada 15 Mei 2025 bertempat di Astaka Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama SMK Belawai dan Kelab Belia Pekan Daro telah dirasmikan oleh Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 dilaksanakan dengan pengisian pelbagai aktiviti bagi menghargai sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah zumba yang telah dikendalikan Zumba Belawai. Selain itu, program turut dimeriahkan dengan Lafaz Ikrar Belia Malaysia, Ceramah Janji Sampai daripada UPM Bintulu, Pertandingan eSport, Jentera Anak Muda dan Pertandingan Nyanyian. Program telah disertai lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut.