PERBINCANGAN PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2025 BERSAMA KELAB MEMANAH TRADISIONAL DSOFWAH

PERBINCANGAN PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2025 BERSAMA KELAB MEMANAH TRADISIONAL DSOFWAH

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 16 MEI 2025 – Perbincangan Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Mukah 2025 bagi sukan memanah telah diadakan pada 15 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Belawai. Perbincangan tersebut telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah selaku pegawai penyelaras program bersama ahli jawatankuasa Kelab Memanah Tradisional Dsofwah.

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan kerjasama antara pejabat dan kelab dalam melaksanakan acara memanah Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Mukah 2025. Selain itu, turut dibincangkan kaedah pelaksanaan, implikasi kewangan dan tarikh program tersebut yang bersesuaian untuk dilaksanakan. Memanah merupakan salah satu daripada lima acara sukan yang akan dilaksanakan dan pejabat berharap program ini mampu menjadi pencetus kepada pembangunan komuniti dalam sukan yang dipertandingkan bagi mengorak langkah yang lebih jauh kepada penggiat sukan tersebut.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search