
- JBS Sarawak
- Hits: 44
TAKLIMAT DAN PERSIAPAN TEMPAT PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 (SIRI 1 - BAHAGIAN SIBU)
- JBS Sarawak
- Hits: 44
SIBU, 17 MEI 2025 - Taklimat Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sarawak 2025 (Siri 1 - Bahagian Sibu) kepada penguji dan fasilitator program telah berlangsung di Dewan Tertutup My Centre, Sibu yang diketuai oleh En. Awangku Adi Azwan Bin Awangku Bolhassan, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Sesi tersebut disertai oleh jurulatih Boccia & Badminton bersama staf Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Seramai 140 peserta OKU di sekitar Sibu telah berdaftar untuk mengikuti sesi ujian pada hari esok. Semoga dipermudahkan segala urusan kepada semua yang terlibat pada hari esok.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#madanisihat
#inspireitalent