
- JBS Sarawak
- Hits: 76
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA MENINGKATKAN KEMAJUAN KERJAYA
- JBS Sarawak
- Hits: 76
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA MENINGKATKAN KEMAJUAN KERJAYA
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 MEI 2025 – Tahniah diucapkan Puan Joyce Anyie dan Puan Dayang Faudzuri Abang Adeni kerana berjaya menjalani Verifikasi PPL-PPT bagi pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT untuk Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3. Kaedah mendapatkan pensijilan ini melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memberi peluang kepada semua Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Pembantu Belia dan Sukan di seluruh Negara untuk mengikuti program Pensijilan Kemahiran Malaysia ini bagi meningkatkan kemajuan kerjaya para pegawainya serta menambahkan kemahiran yang sedia ada.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#yakinboleh