- JBS Melaka
- Hits: 49
RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 6/2025 (Menyantuni Warga Emas Rumah Villa Harapan)
Melaka, 30 November 2025 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia Daerah Melaka Tengah Siri 6/2025 telah berlangsung dengan Prihatin, penuh kasih sayang dan semangat kesukarelawanan bertempat di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka.
Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah (MGBD), Kelab Rakan Muda Tangga Batu serta Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Hang Tuah Jaya.
Pelbagai aktiviti menyantuni telah dilaksanakan bagi membangkitkan aura keceriaan para warga emas antaranya aktiviti sukaneka dalam bangunan (indoor games), pertandingan karaoke, serta sesi ramah mesra bersama warga emas. Turut diadakan, penyerahan kit makanan kepada pengurusan pusat jagaan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad Shafiq bin Ab Majid, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah.
Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan warga emas, malah dapat menyemai nilai empati serta budaya cakna dalam kalangan anak muda Daerah Melaka Tengah.
- JBS Melaka
- Hits: 49
