- JBS Melaka
- Hits: 53
FUN WALK SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) MASJID TANAH : KAMPUNG KITA DUN AYER LIMAU TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 53
AYER LIMAU, 6 September 2026 - Acara Fun Walk Sempena Majlis Perasmian Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Masjid Tanah: Kampung Kita DUN Ayer Limau Tahun 2026 telah dilaksanakan bertempat di Padang Awam Taman Datuk Setia, Masjid Tanah.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 628 orang peserta. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan merangkap ADUN Ayer Limau. Turut bersama ialah YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah dan Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Majlis Perasmian Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Masjid Tanah: Kampung Kita Peringkat DUN Ayer Limau telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya Senamrobik, Merdeka Wall Climbing Challenge, Sukan Antara Taman, Saringan Kesihatan, Kaunter Hari Aduan Rakyat dan aktiviti-aktiviti lain. Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan lancar dan meriah serta berjaya menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah, kesihatan dan kemasyarakatan.
