pengrah-melaka.jpg

Perutusan Pengarah

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ ‎ Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, saya ingin mengalu-alukan semua pengunjung untuk melayari laman web rasmi jabatan.

Pihak jabatan sentiasa komited dalam melaksanakan peranan sebagai penghubung di antara pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Melaka dengan kumpulan sasar melalui medium dan sistem penyampaian yang berkesan.

Dalam konteks ini, laman web rasmi jabatan adalah merupakan salah satu medium serta platform yang disediakan bagi memberikan kemudahan kepada para pengunjung. Laman web ini menyediakan akses kepada pengunjung untuk membuat carian bagi mendapatkan maklumat serta mengetahui perkembangan terkini berkaitan pembangunan belia dan sukan di Negeri Melaka khususnya.

Pihak jabatan mengalu-alukan sebarang cadangan atau maklumbalas daripada para pengunjung bagi membantu pihak jabatan untuk menambahbaik serta meningkatkan kualiti penyampaian jabatan melalui laman web ini. Semoga medium ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para pengunjung.

Sekian, terima kasih

Zailani Bin Siran

Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 16:24:22

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search