- JBS Melaka
- Hits: 8
HARI KEDUA PKJDB MELAKA 2026 : MEMBINA DISIPLIN, MEMPERKASA JATI DIRI, MELAHIRKAN PEMIMPIN BERKUALITI!
BATU GAJAH, 20 Oktober 2026 – Semangat terus membara! Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia (PKJDB) Peringkat Negeri Melaka 2026 memasuki hari kedua dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan penuh manfaat dalam usaha membentuk generasi belia yang berdisiplin, berkeyakinan serta berdaya saing.
HARI KEDUA, SEMANGAT SEMAKIN LUAR BIASA!
Antara pengisian yang dilaksanakan ialah:
.
Solat Berjemaah – Memperkukuh nilai kerohanian dan kebersamaan.
.
Soul Talk – Membina kekuatan dalaman dan motivasi diri.
.
Senam Cergas & Kawad Pagi – Memupuk disiplin, kecergasan dan semangat berpasukan.
.
Aktiviti Outdoor – Menguji ketahanan mental, fizikal dan kerjasama.
.
Patriotisme – Menyemai semangat cintakan negara dan identiti kebangsaan.
.
Riadah Petang – Mengeratkan ukhuwah dan mengamalkan gaya hidup aktif.
.
Celik Digital – Memperkasa pengetahuan serta kemahiran belia dalam mendepani cabaran era digital.
.
Setiap aktiviti bukan sekadar pengisian program, malah menjadi medan pembentukan sahsiah, kepimpinan dan ketahanan diri dalam melahirkan belia yang lebih matang, bertanggungjawab serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
.
BUKAN SEKADAR PROGRAM, TETAPI MEDAN MEMBENTUK JIWA PEMIMPIN!
.
Belia Berdisiplin, Jati Diri Diperkasa, Kepimpinan Dibina!
.
BELIA HEBAT, MELAKA BERWIBAWA!
- JBS Melaka
- Hits: 8
