PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026

KUALA SUNGAI BARU, 18 Oktober 2026 – Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung di D’Qnut Chalet, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin belia dalam pengurusan organisasi serta memberikan pendedahan berkaitan kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan organisasi yang berkesan melalui latihan dan pengalaman praktikal.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah. Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin belia yang berwibawa, berintegriti dan berkemampuan menerajui organisasi belia dengan lebih berkesan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search