AYER KEROH, 2 Oktober 2026 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Tuan Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada hari ini.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
AYER KEROH, 1 Oktober - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN 2026) Peringkat Negeri Melaka Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka.
Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka ini telah dihadiri oleh semua wakil Jabatan, Agensi dan NGO yang terlibat dalam memberikan maklum balas berkaitan persediaan persiapan HSN Negeri Melaka 2026.
Turut hadir Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBSNM dan Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan JBSNM.
AYER KEROH, 1 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Melaka telah menganjurkan Sesi Amanat dan Perbincangan Pengarah Bersama Ketua-Ketua Bahagian Peringkat Daerah dan Negeri yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JBSN Melaka.
Dalam majlis tersebut, beberapa sesi pembentangan berkaitan hala tuju utama jabatan telah disampaikan bagi memantapkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan di peringkat negeri mahupun daerah.
Turut menyerikan majlis, YBrs. Pengarah JBSN Melaka telah membuat lawatan serta menyantuni para kakitangan di setiap bahagian. Usaha ini diharap dapat memperkasakan semangat kerja berpasukan serta memacu kecemerlangan JBSN Melaka ke tahap yang lebih tinggi.
AYER KEROH, 1 Oktober 2026 - Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Tuan Ahmad Syammeil Bin Mohamad Karim selaku Pengarah Baharu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi, serta komitmen tinggi bagi melonjakkan prestasi dan memantapkan kualiti tadbir urus organisasi.
AYER KEROH, 01 Oktober 2026 - JBSN Melaka mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Faizah Firdaus binti Fauzi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S5 yang bertugas mulai 30 September 2026.
Diharapkan agar dapat menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen dan dedikasi serta menyumbang ke arah kecemerlangan perkhidmatan.
TIANG DUA, 22 September 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua, Melaka menjadi platform penting dalam memberi pendedahan, kesedaran dan bimbingan kepada golongan belia berkaitan risiko penglibatan permasalahan sosial khususnya dalam penyalah gunaan dadah dikalangan belia.
Program ini dianjurkan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Melaka Tengah, PUSPEN Tiang Dua, Melaka dan Kelab Belia Melaka Baru (KBMB). Penganjuran program ini selaras dengan keperluan untuk memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan masyarakat, khususnya dalam usaha mencegah keterlibatan mereka dalam kegiatan yang boleh menjejaskan masa depan serta kesejahteraan diri dan komuniti.
Antara fokus utama program adalah memberi pendedahan dan kesedaran kepada belia berkaitan risiko terlibat dalam jenayah dan masalah sosial, di samping membimbing peserta agar dapat memantapkan sahsiah serta membina identiti diri yang positif. Pendekatan tersebut penting bagi memastikan usaha menangani isu sosial bukan hanya bergantung kepada agensi kerajaan, sebaliknya turut mendapat sokongan dan penglibatan aktif komuniti belia. Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan menjaga sahsiah, membina masa depan yang lebih positif serta menjauhi perkara yang boleh menjejaskan diri, keluarga dan masyarat.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Maizura Bt Zakaria, Pengarah Pusat Pemulihan dan Penagihan Narkotik, Tiang Dua, Melaka. Hadir sama dalam Majlis Perasmian En Muhammad Abdul Hafiz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah, JBS Negeri Melaka.
KOMBES, 27 September 2026 - Bukan sekadar fiesta, tetapi pentas aksi anak muda! Suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka terus bergema dengan keceriaan, tenaga dan semangat belia apabila Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 memasuki hari kedua.
Dengan gabungan sukan, kreativiti, pendidikan, rekreasi dan kelestarian, Fiesta Rakan Muda Melaka menjadi medan anak muda untuk beraksi, mencuba, berkarya dan mencipta pengalaman baharu!
Secara keseluruhannya, hari kedua Fiesta Rakan Muda Melaka berlangsung dengan pengisian yang pelbagai, melibatkan aktiviti fizikal, kreativiti, hiburan, pendidikan serta kelestarian alam sekitar, sekali gus menjadikan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai tumpuan aktiviti belia pada hujung minggu tersebut.
BELIA AKTIF. KREATIF. BERIMPAK! BELIA. AKSI. MASA DEPAN!
AYER KEROH, 27 September 2026 - Sesi penyampaian cenderamata kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan atas kerjasama yang terjalin dalam menjayakan Fiesta Rakan Muda Melaka 2026.
Semoga hubungan strategik dan kerjasama antara pihak berkaitan terus diperkukuh dalam menjayakan agenda pembangunan belia dan sukan negara.
AYER KEROH, 27 September 2026 - Hari kedua Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah bagi Pertandingan Cup Stacking.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan diiringi YBrs. Puan Nurul Haida binti Mohd Ghazali, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta para peserta yang telah menunjukkan semangat, ketangkasan dan kesungguhan sepanjang pertandingan. Rakan Muda – Aktif, Kreatif, Inspiratif!