PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2026 PERKASA BELIA DALAM MENANGANI ISU SOSIAL

TIANG DUA, 22 September 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua, Melaka menjadi platform penting dalam memberi pendedahan, kesedaran dan bimbingan kepada golongan belia berkaitan risiko penglibatan permasalahan sosial khususnya dalam penyalah gunaan dadah dikalangan belia.

Program ini dianjurkan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Melaka Tengah, PUSPEN Tiang Dua, Melaka dan Kelab Belia Melaka Baru (KBMB). Penganjuran program ini selaras dengan keperluan untuk memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan masyarakat, khususnya dalam usaha mencegah keterlibatan mereka dalam kegiatan yang boleh menjejaskan masa depan serta kesejahteraan diri dan komuniti.

Antara fokus utama program adalah memberi pendedahan dan kesedaran kepada belia berkaitan risiko terlibat dalam jenayah dan masalah sosial, di samping membimbing peserta agar dapat memantapkan sahsiah serta membina identiti diri yang positif. Pendekatan tersebut penting bagi memastikan usaha menangani isu sosial bukan hanya bergantung kepada agensi kerajaan, sebaliknya turut mendapat sokongan dan penglibatan aktif komuniti belia. Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan menjaga sahsiah, membina masa depan yang lebih positif serta menjauhi perkara yang boleh menjejaskan diri, keluarga dan masyarat.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Maizura Bt Zakaria, Pengarah Pusat Pemulihan dan Penagihan Narkotik, Tiang Dua, Melaka. Hadir sama dalam Majlis Perasmian En Muhammad Abdul Hafiz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah, JBS Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search