- JBS Melaka
- Hits: 20
MESYUARAT PRA-MAJLIS (PRE-COUNCIL) MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI MELAKA SIDANG II, PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026
AYER KEROH, 13 Oktober 2026 – Mesyuarat Pra-Majlis (Pre-Council) Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 telah diadakan sebagai platform strategik bagi membincangkan pelbagai isu, aspirasi dan hala tuju pembangunan belia secara konstruktif serta inklusif.
Mesyuarat ini menjadi medan penting dalam mengangkat suara, pandangan dan cadangan golongan belia ke peringkat tertinggi kerajaan, sekali gus memastikan aspirasi generasi muda terus diberikan perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan belia negara.
Antara fokus utama mesyuarat adalah memperkasakan pembangunan belia melalui kepelbagaian perspektif, memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta meningkatkan hubungan antara kepimpinan pertubuhan belia dengan pihak kerajaan dalam usaha melahirkan generasi belia Malaysia yang dinamik, progresif dan berdaya saing.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Datuk Shanmugam V. Pitchay; Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka.
Turut hadir Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar; Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), serta Encik Ahmad Syammeil Mohamad Karim; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, bersama wakil kepimpinan pertubuhan belia dan pihak berkepentingan.
Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkukuh penglibatan belia sebagai rakan strategik pembangunan negeri dan negara, di samping memastikan setiap pandangan serta aspirasi golongan muda terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan yang mampan.
SUARA BELIA, ASPIRASI NEGARA!
- JBS Melaka
- Hits: 20
