- JBS Melaka
- Hits: 21
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI 2026 PERINGKAT DAERAH JASIN
- JBS Melaka
- Hits: 21
AYER MOLEK, 4 Oktober 2026 – Program Pengurusan Organisasi 2026 Peringkat Daerah Jasin telah berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Kampong Pak Ali (KPA) Challet, Ayer Molek, Melaka.
Program ini melibatkan seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada wakil Pertubuhan Belia serta Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Daerah Jasin.
Pelaksanaan program ini bertujuan memperkukuh kemahiran pengurusan organisasi, kepimpinan serta keupayaan peserta dalam merancang dan melaksanakan aktiviti belia secara lebih sistematik, berkesan dan berimpak.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta perkongsian pengalaman antara pertubuhan belia dan Sekretariat Rakan Muda IPT, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan belia di Daerah Jasin.
Diharapkan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan organisasi masing-masing serta melahirkan barisan pemimpin belia yang kompeten, berdaya saing dan berwibawa.
