- JBS Melaka
- Hits: 24
KELAS TARIAN TRADISIONAL CUNGKIL BAKAT PERINGKAT AKAR UMBI
- JBS Melaka
- Hits: 24
KOMBES MELAKA, 3 Oktober 2026 - Telah berlangsung Bengkel Forging Traditions : Empowering Communities pada 3 dan 4 Oktober 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Program anjuran ASK Dance Company ini merupakan penganjuran tahun ke 2 siri jelajah di Negeri Melaka.
Objektif bengkel ialah untuk memberi pendedahan kepada belia Negeri Melaka asas tarian tradisional cina dan melayu. Selain itu juga , program ini adalah medium mengasah bakat dan potensi peserta belia untuk menzahirkan bakat berkaitan tarian tradisional.
Seramai 180 peserta terlibat dalam penganjuran program kali ini. Tahniah diucapkan diatas penganjuran program.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi terlibat diatas kerjasama strategik dan pemilihan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai lokasi program. JBSNMelaka sentiasa menyokong program pembangunan belia seterusnya sentiasa memastikan fasiliti dan kemudahan berada pada tahap terbaik untuk kegunaan semua.
