- JBS Melaka
- Hits: 21
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 21
AYER KEROH, 6 Oktober 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim bagi membincangkan serta menyelaras persiapan akhir, pembahagian tugas dan keperluan pelaksanaan program.
Mesyuarat ini bertujuan memastikan segala perancangan berjalan lancar menjelang Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka pada 10 Oktober 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
