KUNJUNG HORMAT JBSN MELAKA KE PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

SERI NEGERI, 7 Oktober 2026 – YBrs. Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan sesi kunjung hormat kepada YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bertempat di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri.

Dalam pertemuan tersebut, JBSN Melaka turut mengambil kesempatan mempromosikan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2026 yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan akan dilaksanakan sempena HSN 2026 bagi menggalakkan masyarakat membudayakan gaya hidup aktif serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan rakyat Melaka.

“Sukan Menyatukan Kita, Aktifkan Diri, Semarakkan Hari Sukan Negara!”

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search