- JBS Melaka
- Hits: 27
KUNJUNGAN HORMAT MITC KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 27
AYER KEROH, 13 Oktober 2026 — Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, Tuan Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Azmi bin Rahman mewakili pihak Melaka International Trade Centre (MITC) Sdn. Bhd.
Pertemuan ini bertujuan meneroka kerjasama strategik dan hala tuju pelaksanaan program bersama serta memperkukuhkan hubungan antara organisasi.
Turut hadir, Eksekutif Jualan MITC, Puan Sharifah Aqeela binti Syed Azhan serta Eksekutif Perhubungan Awam MITC, Cik Maisarah binti Abdul Rashid.
