AYER KEROH, 1 Julai 2026 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Biru yang telah menjuarai Sukan Kakitangan JBS Melaka 2026 bagi edisi tenpin bowling yang berlangsung meriah di MIBC MITC.
Kejohanan ini merupakan inisiatif JBS Melaka melalui Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Melaka sebagai usaha untuk mengeratkan silatulrahim di samping memperkasakan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja JBS Melaka. Kejohanan ini turut diserikan dengan penyertaan YBrs Encik Zailani bin Siran Pengarah JBS Melaka.
KOMBES, 1 Julai 2026 - Warga JBS Negeri Melaka teruja meraikan penerima Anugerah Sifar Sijil Sakit bagi Tahun 2025. Anugerah yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai komitmen serta tahap kesihatan cemerlang warga kerja JBS Negeri Melaka sepanjang tahun 2025.
Justeru itu, anugerah ini menggalakkan warja kerja JBS Negeri Melaka khususnya untuk menjaga kesihatan diri secara proaktif dan konsisten. Anugerah ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil 2/2026. Tahniah kepada 17 penerima Anugerah Sifar Sijil Sakit untuk Tahun 2025.
KOMBES, 1 Julai 2026-Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bil 2/2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Objektif penganjuran perhimpuan bulanan ini adalah untuk menyelaraskan hala tuju organisasi, menyampaikan amanat pengurusan tertinggi, dan memupuk semangat kerja berpasukan. Ia berfungsi sebagai platform dua hala antara pihak pengurusan dan kakitangan. Selain itu juga, ia adalah platform penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugasan.
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan :
Bulan April 📌Encik Sodikin bin Ali Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah 📌Encik Ismail bin Harun Pembantu Khidmat Am, JBSN Melaka
Bulan Mei 📌Puan Nur Aida binti Abd Rahim Pembantu Tadbir (Kew) JBSN Melaka. 📌Encik Arman bin Arba, Pembantu Tadbir (PO) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah
Bulan Jun 📌Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin 📌Encik Mohd Nasrullah Manis bin Muri. Pembantu Khidmat Am Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka
Semoga dengan pengiktirafan ini dapat memberi impak mendalam terhadap psikologi dan produktiviti Pegawai dan Kakitangan.Tahniah dan Selamat Maju Jaya!
JASIN, 30 Jun 2026 – Tirai telah melabuhkan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 27 dan 28 Jun 2026 di Stadium Jasin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan festival ini. Kejayaan yang dikecapi bukanlah hasil usaha individu, tetapi lahir daripada semangat kerjasama, komitmen dan pengorbanan setiap insan yang terlibat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka selaku penganjur bersama Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, agensi kerajaan, rakan strategik, penaja, sukarelawan, petugas teknikal, pasukan keselamatan, petugas media, penggiat seni, komuniti belia, pekerja pembersihan serta semua peserta dan pengunjung yang hadir memeriahkan festival ini.
Setiap keringat yang dicurahkan, setiap senyuman yang dihulurkan dan setiap usaha yang diberikan telah mencipta sebuah kenangan yang akan terus terpahat dalam sejarah sambutan Hari Belia Negara di Negeri Melaka.
Daripada pentas yang bergema dengan sorakan, kepada ruang pameran yang meriah, daripada arena aktiviti yang penuh semangat, sehinggalah ke belakang tabir yang sarat dengan pengorbanan—anda semua adalah nadi sebenar kejayaan festival ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus menyatukan kita dalam memperkasa belia dan membina masa depan yang lebih cemerlang.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah. Jumpa lagi di Festival Belia @ Hari Belia Negara akan datang!
MELAKA, 30 Jun 2026 – Seramai 40 orang belia telah menyertai Program Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 Jun 2026 di Kolej Agrosains Malaysia, Melaka.
Program selama dua hari ini bertujuan memperkasakan golongan belia dengan ilmu, kemahiran dan pendedahan berkaitan sektor agromakanan serta pertanian moden. Pelbagai pengisian seperti ceramah, latihan praktikal, perkongsian pengalaman dan sesi interaktif bersama tenaga pengajar serta pakar industri telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi pertanian terkini, inovasi agro serta peluang keusahawanan dalam sektor pertanian.
Selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, program ini turut memupuk minat belia terhadap pertanian moden, melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing serta menggalakkan amalan pertanian lestari demi kelangsungan sumber makanan negara.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Kapten Bersekutu Khairil Syukri bin Mohamad Tahir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengantarabangsaan, Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru golongan belia agar terus memanfaatkan peluang dalam sektor pertanian dan menjadi pemacu transformasi industri agro negara melalui inovasi, teknologi serta semangat keusahawanan.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai belia yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing dalam memperkukuh sektor agromakanan serta menyokong pembangunan pertanian negara yang mampan.
MELAKA, 28 Jun 2026 – Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Liga Sukan Komuniti Melaka 2026 bagi acara Bola Tampar dan Futsal telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir menyerikan majlis YB Kerk Chee Yee, ADUN Ayer Keroh merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Keputusan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Melaka 2026
Bola Tampar (Lelaki) 🥇Melaka Tengah 2 - Halabees A 🥈Jasin 2 - SRVC A 🥉Alor Gajah 1 - Avarix 🥉Jasin 4 - Serkam Eagle
Futsal (Lelaki) 🥇Melaka Tengah 1 - Nasty Yakis 🥈Melaka Tengah 4 - Hulubalang 🥉Melaka Tengah 2 - UiTM B 🥉Jasin 2 - Raja FT
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan, komitmen serta disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga Liga Sukan Komuniti terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan bersatu padu melalui sukan. Tahniah kepada semua pemenang!
JASIN, 27 Jun 2026 – Konsert Belia Melaka sempena Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka menggamatkan suasana Stadium Jasin dengan kehadiran ribuan pengunjung yang membanjiri lokasi bagi menyaksikan persembahan penuh bertenaga.
Artis tempatan Melaka, Syazril Ariffin membuka pentas konsert dengan 2 buah lagu.
Malam kemuncak konsert turut diserikan dengan penampilan khas kumpulan Ruffedge dan Rejeu, yang berjaya memukau penonton menerusi rangkaian lagu popular serta persembahan bertenaga. Sorakan dan nyanyian bersama daripada para peminat menambahkan lagi kemeriahan suasana, sekali gus menjadikan konsert ini antara tarikan utama festival.
Konsert ini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat belia melalui pengisian yang positif, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi muda yang aktif, kreatif dan berdaya saing.
JASIN, 27 Jun 2026 - Telah berlangsung Sesi 5 Program Intervensi Pertandingan Biggest Loser KBS Negeri Melaka Sempena Festival Belia@Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 bertempat di Stadium Jasin. Pada sesi kali ini telah diadakan Aktiviti Senamrobik Jom Kurus kepada para peserta Tahniah kepada semua para peserta yang hadir. Ayuh kita amalkan gaya hidup aktif dan sihat serta kekal cergas bersama.
JASIN, 27 Jun 2026 – Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka membuka tirainya dengan penuh gilang-gemilang apabila majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Stadium Jasin.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu menghimpunkan ribuan belia dari seluruh negeri Melaka bersama pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan belia, badan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik dan masyarakat setempat dalam meraikan sambutan Hari Belia Negara 2026.
Majlis Perasmian tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; serta Datuk Khaidirah Abu Zahar, Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.
Turut hadir ialah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, wakil agensi kerajaan, pemimpin pertubuhan belia, pemimpin masyarakat serta para jemputan.
Dalam ucapannya, Ketua Menteri Melaka menegaskan bahawa golongan belia merupakan tonggak utama pembangunan negeri dan negara. Beliau turut menyeru agar belia terus memperkasa potensi diri, mengasah bakat serta memainkan peranan aktif dalam membentuk masa depan yang lebih progresif, berdaya saing dan berteraskan semangat Malaysia MADANI.
Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka menawarkan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran agensi, program keusahawanan, aktiviti kesukarelawanan, sukan dan rekreasi, pertandingan, persembahan pentas serta pelbagai aktiviti interaktif yang memberi manfaat kepada golongan belia dan seisi keluarga.
Penganjuran festival ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Melaka bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dalam memperkukuh agenda pembangunan belia melalui platform yang inklusif, dinamik dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi belia yang berwibawa, berdaya tahan dan bersedia memacu kemajuan negeri.