- JBS Melaka
- Hits: 28
LAWATAN TAPAK PROGRAM DARI BELIA KEPADA BELIA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026
- JBS Melaka
- Hits: 28
AYER MOLEK, 28 Ogos 2026 – Telah berlangsung lawatan tapak dan sesi perbincangan bersama Puan Lailiana binti Maon, Ketua Unit Pemulihan daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua, bagi persediaan pelaksanaan Program Dari Belia Kepada Belia Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026.
Program tersebut dijadualkan berlangsung pada 22 September 2026 (Selasa) dan bertujuan memperkukuh penglibatan serta peranan belia dalam menyampaikan mesej kesedaran dan sokongan kepada golongan sasaran. Turut hadir dalam sesi lawatan dan perbincangan tersebut ialah En. Wan Mohd Jefri bin Wan Husin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada persediaan awal bagi memastikan aspek lokasi, pengisian program serta kerjasama strategik bersama pihak berkaitan dapat diselaraskan dengan baik demi kelancaran pelaksanaan program.
