SESI TIMBANGAN 2 BAGI PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026

AYER KEROH, 29 Ogos 2026 – Telah berlangsung Program Intervensi Siri 15 dan Sesi Timbangan 2 bagi Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Pada sesi kali ini, para peserta turut menyertai aktiviti Tabata yang menggabungkan latihan berintensiti tinggi secara pantas dan berstruktur. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal, malah membangkitkan semangat, disiplin dan motivasi peserta untuk terus konsisten dalam mencapai sasaran penurunan berat badan.

Sesi timbangan kedua turut menjadi medan untuk peserta menilai perkembangan masing-masing, di samping menyuntik semangat persaingan sihat dalam usaha mencapai gaya hidup yang lebih aktif, sihat dan seimbang.

Teruskan melangkah, kekal konsisten dan buktikan bahawa perubahan kecil mampu membawa impak yang besar!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search