- JBS Melaka
- Hits: 41
HARI PERTAMA KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 41
ULU SEPRI, 1 September 2026 – Program Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 telah membuka tirainya pada hari pertama dengan pelbagai pengisian menarik yang memberi fokus kepada pembentukan sahsiah, pengukuhan jati diri, interaksi serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta Rakan Muda.
Hari pertama program dimulakan dengan pergerakan peserta bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan bersedia.
Pengisian kem dimulakan dengan peserta mengikuti Sesi “Taklimat dan Ice Breaking” yang menjadi platform pengenalan antara peserta serta fasilitator di samping memberi penerangan berkaitan perjalanan program, peraturan dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang kem.
Seterusnya, peserta menyertai Sesi “SANTAI @ Rakan Muda” yang memberi ruang kepada peserta untuk berkenalan dengan lebih dekat, membina keserasian serta mewujudkan suasana kem yang lebih positif dan mesra.
Kemuncak pengisian hari pertama ialah Sesi “Kita Satu Pasukan” yang memberi penekanan terhadap kepentingan kerjasama, komunikasi, toleransi dan kepercayaan dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, peserta digalakkan untuk saling membantu, menghormati perbezaan dan memainkan peranan masing-masing dalam mencapai matlamat bersama.
