PERSIAPAN FIESTA RAKAN MUDA 2026 DIPERKEMAS MELALUI SESI PERBINCANGAN STRATEGIK

AYER KEROH, 3 SEPTEMBER 2026 – Satu sesi perbincangan bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Leypark Station telah diadakan bagi membincangkan cadangan penggunaan tapak untuk pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek kesesuaian dan penggunaan tapak, susun atur lokasi, kemudahan serta keperluan logistik bagi memastikan kelancaran penganjuran program yang bakal menghimpunkan golongan belia dari seluruh negara.

Sesi ini turut menjadi platform bagi menyelaras kerjasama antara pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, MPHTJ dan Leypark Station dalam memastikan persediaan serta pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 dapat dilaksanakan dengan teratur, selamat dan memberikan pengalaman terbaik kepada para peserta.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search