PROGRAM CABARAN SUKAN REKREASI NEGERI MELAKA TAHUN 2026 : SIRI - KLAS ATV

HULU LANGAT, 26 Ogos 2026 – Cabaran Sukan Rekreasi Negeri Melaka kini bermula dengan pengisian yang melibatkan aktiviti KLAS All-Terrain Vehicle (ATV) bertempat di Kemensah, Hulu Langat, Selangor.

Program Siri 1 ini disertai seramai 25 orang yang terdiri daripada wakil NGO Belia dan NGO Sukan, wakil agensi kerajaan serta penyertaan orang awam. Program ini bertujuan memberi pengalaman aktiviti rekreasi lasak di samping menggalakkan gaya hidup aktif, sihat dan membina semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ini yang turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Persatuan Mendaki Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search