- JBS Melaka
- Hits: 30
HARI KEDUA KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 30
ULU SEPRI, 2 September 2026, – Program Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 diteruskan dengan pelbagai pengisian pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta Rakan Muda.
Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi sebagai persediaan fizikal dan mental peserta sebelum mengikuti pengisian sepanjang hari.
Seterusnya, peserta mengikuti Sesi “Aku Hebat! Aku Boleh!” yang memberi fokus kepada pembangunan keyakinan diri, potensi dan pemikiran positif. Kem diteruskan dengan Sesi “Gaya Pro! Sikap Wow!” yang menekankan aspek pembentukan sikap positif, profesionalisme, disiplin dan keterampilan diri.
Kemudiannya, peserta menyertai sesi berbentuk praktikal yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas pertolongan cemas serta tindakan yang wajar diambil ketika berhadapan situasi kecemasan. Pada sebelah malam pula, peserta mengikuti Sesi “Kita Kuat Bersama” yang memberi penekanan terhadap semangat kerja berpasukan, kerjasama dan kesatuan dalam kalangan peserta.
