- JBS Melaka
- Hits: 27
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA SEMARAKKAN AKTIVITI BELIA DENGAN PELBAGAI PENGISIAN MENARIK
KOMBES, 26 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka menganjurkan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka selama dua hari bermula 26 dan 27 September 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan 10 gaya hidup Rakan Muda yang memberi ruang kepada golongan belia untuk berkarya, berinteraksi, mencuba pengalaman baharu serta mengetengahkan bakat dan potensi diri.
Majlis Gimik Pelancaran Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Syammeil Bin Mohamad Karim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, sebagai simbolik pelancaran fiesta yang menghimpunkan pelbagai aktiviti dan pengisian khusus untuk golongan belia dan anak muda.
Penganjuran fiesta yang membawa konsep “Belia, Idea, Aksi, Masa Depan” ini merupakan platform untuk menggalakkan penglibatan aktif golongan muda dalam pelbagai bidang, di samping menyediakan ruang yang lebih dekat dengan minat, gaya hidup, kreativiti dan aspirasi generasi muda masa kini.
- JBS Melaka
- Hits: 27
