- JBS Melaka
- Hits: 22
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 22
ALOR GAJAH, 22 September 2026 – Telah berlangsung Majlis Penutup Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Negeri Melaka 2026 hari ini, menandakan berakhirnya kursus yang telah berlangsung selama empat hari tiga malam.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Menariknya semua peserta telah berjaya mengharungi sesi aktiviti tali tinggi, air, kembara malam disamping menguasai kemahiran ikatan tali, bantu mula kecemasan, navigasi, pengurusan majlis dan lain-lain sekaligus ditauliahkan dengan Sijil OUTREC 1.
Semoga segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta diaplikasikan dalam pelaksanaan aktiviti rekreasi luar yang selamat dan berkesan.
