MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH JASIN BIL. 2026

MERLIMAU, 20 September 2026 – Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bertempat di Bilik Mesyuarat JAPERUN Merlimau.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan serta penyelarasan beberapa program utama yang bakal dilaksanakan di peringkat daerah, antaranya Majlis Perundingan Belia Daerah Jasin, Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Jasin dan Retreat MGBD Jasin 2026.

Selain agenda penyelarasan program, mesyuarat turut disusuli dengan Ziarah Permata kepada keluarga dalam kalangan jawatankuasa MGBD Jasin yang telah menerima cahaya mata pada tahun 2026 sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan serta hubungan silaturahim sesama ahli.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, yang turut memberikan pandangan dan sokongan terhadap perancangan serta pelaksanaan program pembangunan belia di daerah Jasin.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan MGBD Jasin bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin dalam memperkukuh gerak kerja, penyelarasan program serta penglibatan belia secara berterusan di peringkat daerah.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search