PROGRAM JELAJAH KITA DENGAR : BERI RUANG BELIA DAN PENGGIAT SUKAN SUARAKAN ASPIRASI BELANJAWAN 2027

AYER KEROH, 24 September 2026 – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol hadir ke Program Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Peringkat Zon Selatan yang berlangsung di Mudzaffar Hotel, Ayer Keroh, Melaka.

Program ini menjadi platform penting kepada golongan belia, penggiat sukan serta pemegang taruh untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan cadangan bernas dan mengetengahkan penambahbaikan berkaitan pembangunan belia dan sukan.

Segala pandangan serta aspirasi yang dihimpunkan menerusi sesi libat urus ini menjadi input menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober depan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Tuan Haji Abdullah Hasan; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin.

Kita dengar. Kita bincang. Kita gerakkan aspirasi belia.  

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search