- JBS Melaka
- Hits: 30
PERTANDINGAN BOCCE DAN CUP STACKING SEMPENA KARNIVAL SUKAN OKU INSPIRE AKTIF NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 30
AYER KEROH, 26 September 2026 – Hari kedua Karnival Sukan Inspire OKU Aktif X Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 berlangsung meriah dengan mempertandingkan acara Bocce dan Cup Stacking.
Kedua-dua acara menyaksikan aksi penuh bertenaga, ketangkasan serta semangat kesukanan yang tinggi daripada para peserta dalam memberikan persembahan terbaik masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Husin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah. Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta pasukan yang berjaya meraih kemenangan!
KEPUTUSAN CUP STACKING LELAKI
SPEED STACKERS
SMK BUKIT BARU
GERAKHAS FIGHTERS
STAR STACKERS
KEPUTUSAN CUP STACKING WANITA
GIRL STACK CHAMPIONS
GIRL POWER STACKERS
SMK KLEBANG BESAR
SMK BUKIT BARU
KEPUTUSAN BOCCE LELAKI
PPDK SERI KEMUNTING
SALVATIONS ARMY
PPDK SERI UTAMA
PPDK SERI EMAS
KEPUTUSAN BOCCE WANITA
SMK KLEBANG BESAR
PPDK SERI EMAS
SMK BUKIT BARU
SALVATIONS ARMY
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran karnival ini dalam menyemarakkan budaya sukan serta membuka ruang kepada golongan OKU untuk terus aktif, berdaya saing dan yakin diri.
Inspire OKU Aktif – Bersukan, Berdaya Saing, Bersama!
