MALAYSIA AKTIF : PERTANDINGAN AEROBIKTHON PERINGKAT NEGERI MELAKA SEMPENA PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA TAHUN 2026

TANJUNG BIDARA, 20 September 2026 - Pertandingan Aerobikton Malaysia Aktif Peringkat Negeri Melaka telah diadakan bersempena dengan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2026 bertempat di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dan melibatkan aktiviti aerobik serta K-Pop Fitness yang bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Program turut berlangsung dengan meriah melalui pertandingan secara berkumpulan dan individu serta penyediaan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Remiezan bin Ibrahim dan En. Muhamad Alif Najmi bin Mohd Zukeri, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan berjaya mewujudkan suasana riadah yang sihat, ceria dan menarik dalam kalangan peserta serta masyarakat setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search