MELAKA, 18 Oktober 2026 – Sukaneka Kanak-kanak telah berlangsung di Dewan Utama KOMBES dengan kerjasama KEMAS Daerah Melaka Tengah. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 50 orang kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti sukaneka yang menyeronokkan bagi memupuk minat bersukan sejak usia muda.
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Karnival Sukan OKU telah diadakan di Dewan Utama KOMBES dengan kerjasama Dragon Finswimming Club. Program ini berlangsung meriah dengan penyertaan daripada komuniti setempat khususnya golongan OKU. Diharapkan program ini dapat menyediakan peluang kepada golongan OKU untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan serta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Kejohanan Street Soccer Under Age telah diadakan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Perma Satriа bagi memeriahkan HSN Melaka 2026. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang bertujuan mencungkil bakat muda serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Klinik Pembangunan Sukan Tembok Tiruan telah diadakan di KOMBES dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi REDTMA. Program ini memberi peluang dan pendedahan kepada peserta mengenai sukan berkaitan serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti rekreasi dan sukan.
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Pertandingan Konda Kondi Melaka 2026 telah berlangsung di Dewan Tertutup KOMBES dengan kerjasama Kelab Olahraga Parameswara dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP). Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini dan diharapkan usaha ini mampu memelihara permainan tradisional dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan.
Keputusan Pertandingan Konda - Kondi 1) Beruang Malaya + Wang Tunai RM500.00 2) KRT A + Wang Tunai RM300.00 3) Bara Fighter + Wang Tunai RM200.00 4) KRT B + Wang Tunai RM100.00
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Kejohanan Sepak Raga Bulatan telah berlangsung di Dewan Utama KOMBES dengan kerjasama ZM Kerismas Sepak Takraw Melaka. Kejohanan ini merupakan usaha bagi memartabatkan sukan tradisional serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan sempena sambutan HSN kali ini.
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Klinik Paintball telah dianjurkan kerjasama Joy & Satisfaction Paintball Club. Program ini memberi peluang kepada orang ramai mencuba bagi memperkenalkan sukan paintball ini serta memupuk semangat kesukanan, disiplin dan keberanian dalam kalangan peserta.
MELAKA, 18 OKTOBER 2026 – Semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup aktif terus membara apabila sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2026 berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES), dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
Sambutan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) ini telah dirasmikan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka yang menzahirkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa pembangunan sukan serta menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya; YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, YBrs. Cik Azma binti Deris, wakil Kementerian Belia dan Sukan serta YBrs. Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi telah dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti fizikal dalam suasana yang meriah, inklusif dan penuh semangat kebersamaan. Sambutan ini bukan sahaja menggalakkan penyertaan aktif masyarakat, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara komuniti dan agensi yang terlibat.
Selaras dengan tema “Sukan Menyatukan Kita”, HSN 2026 membuktikan bahawa sukan bukan sekadar medan pertandingan untuk mengejar kemenangan, tetapi juga wadah menyatukan rakyat tanpa mengira usia, latar belakang dan keupayaan. Semangat ini menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih sihat, cergas, harmoni dan sejahtera.
JBSNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama, khususnya agensi kerajaan, rakan strategik, pasukan media, sukarelawan, petugas serta seluruh warga kerja JBSNM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran HSN.
AYER KEROH, 17 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka giat membuat persiapan bagi pelaksanaan program Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Negeri Melaka 2026 pada 18 Oktober 2026 (Ahad) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES).
Pelbagai aktiviti sukan, rekreasi, pertandingan dan pameran disediakan dengan kerjasama agensi serta rakan strategik bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal dan membudayakan gaya hidup aktif serta sihat.