BUKIT SERINDIT, 25 Ogos 2026 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1448H/2026M yang berlangsung meriah dan penuh bermakna di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit Melaka. Majlis perhimpunan dan perarakan yang bertemakan “Madani Dihayati Ummah Diberkati” ini turut disertai kontinjen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang diketuai oleh YBrs Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Penyertaan kontinjen JBS Melaka ini mencerminkan komitmen dalam menghayati sirah perjuangan serta menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
KOMBES MELAKA, 22 Ogos 2026 - Telah berlangsung Kejohanan Tertutup Taekwondo Kali Ke 4 Melaka di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kehadiran penyertaan seramai 300 orang peserta.
Program anjuran Kelab Hypermax Taekwondo Melaka ini merupakan edisi ke 4 penganjuran dan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sukan mempertahankan diri di Negeri Melaka.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parliman Hang Tuah Jaya.
BANDAR JASIN BESTARI, 21 Ogos 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir telah berlangsung dengan jayanya, disusuli Majlis Meraikan Kemenangan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Peringkat Negeri Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh pemimpin setempat serta Pengarah dan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan meraikan kejayaan hasil usaha, komitmen serta kerjasama semua pihak yang telah bersama-sama menggerakkan agenda pembangunan belia.
Semoga kejayaan APBN 2026 ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuhkan gerak kerja dan meningkatkan sumbangan kepada masyarakat serta negeri Melaka.
Tahniah dan syabas kepada GB4B Malaysia Cawangan Merlimau Pasir serta semua pihak yang terlibat!
BUKIT BERUANG, 20 Ogos 2026 - Seramai 102 orang anak muda terdiri daripada pelajar Multimedia University Melaka Campus, Politeknik Melaka dan Kolej Komuniti Bukit Beruang telah mengambil berpeluang menyertai Program Rakan Demokrasi : Nadi Generasi Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 bertempat di Dewan Persada Permata Dunia, Multimedia University Melaka Campus.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan anak muda tenang kepentingan mengundi Dan peranan mereka Dalam menentukan hala tuju Negara disamping memberi pendedahan tenang bagaimana undi mereka mempengaruhi pembentukkan kerajaan Dari dasar-dasar Negara, membina keyakinan diri golongan muda dalam proses demokrasi dan tahu cara untuk mengundi dengan simulasi pilihan raya bagi membantu mereka memahami proses tersebut dengan lebih kelas, seterusnya membina keyakinan diri untuk terlibat secara aktif.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Multimedia University Melaka Campus, Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) Multimedia University Campus di bawah kepimpinan Saudara Afiq Naqiuddin Bin Zainal Abidin.
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Hishamuddin bin Ismail, Pengarah Kampus Melaka, Multimedia University. Turut hadir Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan juga Encik Razali bin Mohd Toop, Pegawai dari Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka.
AYER KEROH, 20 Ogos 2026 – Seramai 40 orang belia tidak berpersatuan dari seluruh daerah di Negeri Melaka telah menyertai Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan Peringkat Negeri Melaka 2026 (Ekplorasi Belia) yang berlangsung pada 20 Ogos 2026 bertempat di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama strategik Kelab Belia Kampung Batu Berendam ini merupakan satu inisiatif bagi mendekati golongan belia yang masih belum terlibat dalam mana-mana pertubuhan belia, di samping membuka ruang kepada mereka untuk mengenali, memahami serta menyertai pertubuhan belia sebagai platform pembangunan diri, kepimpinan, kesukarelawanan dan khidmat kepada masyarakat.
Sepanjang program, peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran insaniah, semangat kerjasama serta kesedaran mengenai peranan belia dalam pembangunan komuniti. Penganjuran program ini juga menjadi medium untuk menggalakkan lebih ramai belia agar tampil aktif, berani mencuba pengalaman baharu dan mengambil peluang untuk menyumbang kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti kepimpinan dan kesukarelawanan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Selandar serta Pegawai Penasihat Hal Ehwal Pelajar Universiti Geomatika Malaysia Melaka.
Semoga penganjuran Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan 2026 (Ekplorasi Belia) ini menjadi pemangkin kepada usaha memperluas penglibatan belia dalam pertubuhan dan aktiviti kemasyarakatan, seterusnya melahirkan generasi belia yang aktif, berdaya saing, berdisiplin, berkeyakinan serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
Usaha ini selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh pembangunan belia di Negeri Melaka serta melahirkan golongan belia yang lebih proaktif, berdaya tahan dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.
MAHKOTA PARADE, 18 Ogos 2026 – Usia bukan penghalang bagi 80 orang peserta wanita warga emas yang telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling Wanita Warga Emas Negeri Melaka 2026 yang julung kali diadakan di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka dan Persatuan Boling Negeri Melaka ini bertujuan menggalakkan penglibatan golongan warga emas dalam aktiviti sukan serta rekreasi di samping memupuk gaya hidup aktif dan sihat.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka. Turut hadir Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Puan Muzalina binti Muhamad, Setiausaha Persatuan Boling Negeri Melaka.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini.
MERLIMAU, 16 Ogos 2026 – Program Kem Belia @Rakan Prihatin 2026 Daerah Jasin telah berlangsung selama tiga hari, bermula 14 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di MD Resort Pantai Siring, Merlimau.
Program ini merupakan satu inisiatif pembangunan belia yang memberi penekanan kepada aspek pembentukan sahsiah, kepimpinan, jati diri, kesukarelawanan serta kesedaran terhadap isu-isu sosial dalam kalangan generasi muda.
Kem ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Solok Kilang Berapi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, serta melibatkan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Pejabat AADK Daerah Jasin dan Cawangan Anti Keganasan PDRM.
Penglibatan pelbagai agensi dan rakan strategik dalam program ini mencerminkan pendekatan bersepadu dalam membentuk generasi belia yang bukan sahaja aktif dan berdaya saing, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab sosial, kesejahteraan komuniti serta keselamatan masyarakat.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan, para peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti berbentuk pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, kesedaran kesihatan, pencegahan penyalahgunaan dadah serta kesedaran berkaitan ancaman keganasan dan keselamatan.
Program sebegini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara golongan belia dengan agensi kerajaan serta pertubuhan belia di peringkat daerah, di samping membuka ruang kepada peserta untuk membina jaringan persahabatan dan pengalaman baharu.
Melalui pelaksanaan Kem Belia @Rakan Prihatin 2026, diharapkan para peserta dapat membawa pulang nilai-nilai positif yang diterapkan sepanjang program untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian, seterusnya menjadi belia yang berilmu, berdisiplin, prihatin, bertanggungjawab dan aktif menyumbang kepada masyarakat.
JASIN, 15 OGOS 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Alor Gajah telah menganjurkan Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Alor Gajah Tahun 2026 bertempat di Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka.
Program ini melibatkan seramai 43 orang belia Daerah Alor Gajah dan bertujuan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada golongan belia berkaitan aspek kepimpinan, kelestarian alam sekitar dan aktiviti eksplorasi alam semula jadi.
Antara pengisian utama program ialah ceramah "Kepimpinan Dalam Organisasi" yang disampaikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Para peserta turut mengikuti ceramah bertajuk "Kelestarian Alam Tanggungjawab Bersama" yang menekankan kepentingan peranan generasi muda dalam memelihara dan menjaga kelestarian alam sekitar.
Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai Ekspedisi Jelajah Gua Bukit Batu Lebah yang dikendalikan oleh jurulatih daripada Benz Maju Services di bawah pengurusan Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah. Aktiviti tersebut memberikan pengalaman secara langsung kepada peserta menerusi aktiviti eksplorasi dan penghayatan alam semula jadi.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan.
Turut hadir ialah Encik Mohd Remiezan bin Ibrahim, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; Encik Muhammad Haiqal bin Fairul Nizam, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Alor Gajah; Encik Mohd Aliff bin Baharuddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Alor Gajah serta YBrs. Encik Nik Zaiman, Pengurus Eksekutif Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kepimpinan, kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan belia, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Program seumpama ini juga menjadi platform kepada belia untuk membina keyakinan diri serta mengeratkan hubungan antara golongan belia dengan agensi dan pertubuhan belia setempat.
AYER KEROH, 15 Ogos 2026- Telah berlangsung Sesi 14 Program Intervensi Biggest Loser Peringkat Negeri Melaka X Sport Day Little Caliphs 2026 di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.
Program dimeriahkan dengan Aktiviti Senamrobik dan Briskwalk yang menghimpunkan peserta Biggest Loser serta Little Caliphs dalam suasana ceria, aktif dan penuh semangat.
Turut hadir memberikan sokongan YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Jom bersama membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam kalangan masyarakat.
Ayuh Melaka! Terus bergerak, terus sihat, terus cergas!