AYER KEROH, 26 Julai 2026 - Program Y-Hub Melaka 2026 telah membuka tirai melalui penglibatan bersama dalam penganjuran Melaka Agrofest 2026 pada ๐ฎ๐ฐ-๐ฎ๐ฒ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ bertempat di ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฒ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ต, ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ. Siri pertama program ini telah memfokuskan kepada elemen pendidikan dan kemahiran serta keusahawanan.
Dengan pelbagai pengisian di booth Y-Hub Melaka 2026 sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan serta informasi kepada golongan belia untuk menceburi bidang usahawan. Antara pengisian menarik yang telah diadakan adalah seperti jualan bazar (barista), ternakan madu kelulut, pelbagai aktiviti mari mencuba dan termasuklah sesi perkongsian berkaitan Usahawan Digital dan Ternakan Madu Kelulut yang dikendalikan oleh golongan belia sendiri.
Dengan mendapat sokongan kerjasama yang cukup baik daripada rakan strategik seperti Kolej Komuniti Bukit Beruang dan GB4B (M) Kawasan Jasin, Melaka program ini telah berjaya menarik minat golongan belia di negeri Melaka khususnya untuk bersama di Y-Hub Melaka yang berlokasi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui penganjuran program bagi siri-siri yang seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos dan September yang akan datang.
Program ini juga turut dihadiri oleh YBrs. En. Zailani Bin Siran, Pengarah JBSN Melaka dan YBrs. Tn. Hj. Md Emran Bin Saidi, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka disamping pengunjung-pengunjung yang hadir di Melaka Agrofest 2026.
Nantikan siri seterusnya di Y-Hub Melaka 2026!!
- JBS Melaka
- Hits: 58
