BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR PERKUKUH KESEDARAN KEWANGAN BELIA MELAKA

MELAKA, 23 Julai 2026 – Seramai 150 orang belia telah menyertai Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), Kampus Bukit Katil, Melaka.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ini merupakan inisiatif memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan belia agar lebih bersedia mengurus kewangan secara bijak, berhemah dan bertanggungjawab. Melalui pelbagai sesi perkongsian yang interaktif, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan kewangan peribadi, perancangan kewangan, pengurusan komitmen hutang serta amalan membuat keputusan kewangan yang mampan bagi mengelakkan bebanan hutang pada masa hadapan.

Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Financial Education Network (FEN) yang menghimpunkan kepakaran daripada Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Negeri Melaka dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Melaka. Penglibatan agensi-agensi ini memberi nilai tambah melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta panduan praktikal dalam membentuk generasi belia yang lebih celik kewangan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ts. Azkar-Albar Bin Abu Bakar, Pengarah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Bukit Katil, Melaka.

Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Puan Siti Farida Binti Azhar, Wakil Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negara; serta Encik Nor Azli Bin Mokhtar, Penyelaras Zon Selatan, Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Johor Bahru.

Semoga penganjuran program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi belia yang lebih berpengetahuan, berdisiplin dan berdaya tahan dalam mengurus kewangan, sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera dan bebas daripada bebanan hutang yang tidak terkawal.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search