- JBS Melaka
- Hits: 28
PERTANDINGAN AEROBIKTHORN SEMPENA MELAKA AGROFEST 2026 X BIGGEST LOSER MELAKA MERIAHKAN DATARAN SEJARAH AYER KEROH
- JBS Melaka
- Hits: 28
AYER KEROH, 26 Julai 2026 - Pertandingan Aerobikthorn sempena Melaka Agrofest 2026 X Biggest Loser Melaka telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Program yang menampilkan pengisian Zumba Fitness, K-Pop Fitness, Zafina Fitness dan Aerodance itu berjaya menarik penyertaan serta menyemarakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan iaitu Peserta Paling Energetic, Peserta Paling Havoc, Peserta Best Vibes, Peserta Terbaik Biggest Loser Wanita dan Peserta Terbaik Biggest Loser Lelaki. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Saufi Affandi Bin Talib, Pengarah Perikanan Negeri Melaka. Program ini diharap dapat terus menjadi platform bagi komuniti mengamalkan aktiviti kecergasan dan gaya hidup sihat.
