PENGKALAN RAMA, 18 Julai 2026 – Telah berlangsung Sesi 10 Program Intervensi Biggest Loser Melaka Sempena Festival Sungai Melaka Tahun 2026.
Pada kali ini sesi kali ini diadakan Aktiviti Senamrobik dan Briskwalk kepada para peserta Biggest Loser dan Pengunjung yang hadir. Ayuh kita amalkan gaya hidup sihat dan cergas bersama.
AYER KEROH, 18 Julai 2026 - Pasukan Bola Jaring Sukan Negeri (SSN) SMK Seri Kota Melaka mempamerkan mutu permainan luar biasa apabila melakar kemenangan besar ke atas pasukan pelawat dari United Kingdom, King's Macclesfield School, dalam satu siri Perlawanan Persahabatan Antarabangsa yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Ayer Keroh, petang tadi.
Aksi persahabatan berprestij tinggi ini melibatkan dua kategori umur, iaitu bawah 18 tahun (B18) dan bawah 15 tahun (B15). Perlawanan itu menyaksikan dominasi mutlak skuad tempatan yang nyata lebih bersedia dari segi fizikal dan taktikal di atas padang.
Perlawanan dimulakan dengan aksi kategori B15 yang memperlihatkan jurang perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan. Skuad B15 pilihan SSN Melaka langsung tidak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk membina rentak permainan. Bagaimanapun, strategi serangan balas pantas dan ketahanan fizikal yang dipamerkan oleh barisan pemain B18 pilihan SSN Melaka gagal disekat oleh pasukan pelawat. Walaupun King's Macclesfield School berjaya mengutip 14 mata hasil daripada beberapa siri serangan klinikal, Pilihan SSN Melaka kekal tenang untuk mengukuhkan kedudukan dengan kutipan 35 mata. Perlawanan berakhir dengan keputusan penuh 35-14 memihak kepada tuan rumah.
Jadi apalagi, sila hubungi 06-232116 atau kombesmelaka KBS .MY untuk sebarang pertanyaan berkaitan fasiliti kami.
KOMBES, 18 Julai 2026 - Sedang berlangsung Program ITF Umpire Development Course yang menghimpunkan bakal pengadil dan pegawai teknikal bertauliah dalam seni mempertahankan diri Taekwondo. Program anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Melaka (GTF) telah disertai oleh 120 peserta terdiri daripada pemegang tali pinggang hitam dan merah.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pengadil dan pegawai teknikal yang bertauliah di peringkat akar umbi. Kursus intensif selama dua hari ini disertai oleh bakal pengadil dan pegawai teknikal terdiri daripada pemegang tali pinggang hitam dari dalam dan luar Negeri Melaka. Para peserta didedahkan dengan penguasaan teori peraturan perlawanan terkini, simulasi praktikal pemarkahan acara corak (patterns), serta teknik pengendalian gelanggang bagi acara pertarungan (sparring).
Penganjuran kursus ini merupakan langkah strategik persatuan untuk memastikan kualiti pengadilan di kejohanan tempatan sentiasa konsisten, adil, dan mematuhi standard antarabangsa. Semua peserta yang lulus ujian penilaian akhir bakal menerima sijil kebangsaan dan dilesenkan untuk bertugas dalam kalendar kejohanan domestik tahun ini.
Sebagai tanda sokongan JBSN Melaka terhadap penganjuran ini, YBhg. Tuan Pengarah JBSN Melaka, Encik Zailani bin Siran telah hadir merasmikan Program ITF Umpire Development Course bagi Tahun 2026. Hadir sama Encik Kiew Sieng Eik, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
AYER KEROH, 15 Julai 2026 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka terpilih menjadi antara lokasi utama penggambaran program majalah televisyen kesihatan baharu terbitan RTM, 'Rekonstruksi 180'. Program dokumentari enam episod ini yang akan disiarkan di saluran Sukan Plus RTM dan RTMKlik memaparkan perjalanan emosi dan fizikal seorang atlet tempatan yang bangkit daripada kecederaan demi kembali beraksi di arena sukan demi mengharumkan nama negara.
Pemilihan lokasi penggambaran di fasiliti dan kemudahan dalam Negeri Melaka amnya membuktikan kualiti prasarana sukan dan kemudahan rehabilitasi di Melaka berada pada tahap terbaik untuk menyokong fasa pemulihan atlet berprestasi tinggi. Langkah ini juga dijangka meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sains sukan, aspek fisioterapi, dan sokongan psikologi dalam membina semula kerjaya seorang ahli sukan selepas ditimpa musibah.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, sentiasa menyokong program pembangunan sukan seterusnya sentiasa memastikan fasiliti dan kemudahan berada pada tahap terbaik untuk kegunaan semua.
MERLIMAU, 17 Julai 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSN Melaka) telah menyertai Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka sempena Jelajah Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) DUN Merlimau dengan membuka Kaunter Aduan di bawah Portfolio 7, YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitcy, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertempat di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau.
Penyertaan ini bertujuan memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan belia dan sukan, di samping menyampaikan aduan, cadangan serta maklum balas secara terus kepada JBSN Melaka.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan singgah ke Kaunter Aduan tersebut.
AYER KEROH, 17 Julai 2026 – Kursus Asas Kayak Star One Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya bermula 15 hingga 17 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran program ini.
Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Melaka, bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas kemahiran berkayak, aspek keselamatan di air serta meningkatkan pengetahuan dan keyakinan dalam sukan kayak.
Semoga penganjuran kursus ini dapat melahirkan lebih ramai penggiat sukan kayak yang berkemahiran, berdisiplin serta mengamalkan budaya keselamatan ketika menjalankan aktiviti sukan air.
PUTRAJAYA, 16 JULAI 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi bulan Julai 2026 serta Praperasmian Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara KBS, Putrajaya.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammad Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama-sama pegawai kanan serta warga KBS sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan, kecergasan dan pembudayaan gaya hidup aktif menjelang sambutan Hari Sukan Negara 2026.
AYER KEROH, 16 Julai 2026 - Taklimat Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (MYINFRA) JBSN Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kehadiran seramai 20 orang peserta dari negeri dan daerah yang terlibat dalam pengurusan aset tak alih jabatan.
Taklimat serta sesi latihan hands-on telah disampaikan oleh Penceramah dari Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Encik Eddie Hisham bin Basarudin dan Encik Azizan bin Abdullah.
AYER KEROH, 15 Julai 2026 - Pengarah JBSN Melaka, YBrs. Tuan Zailani bin Siran telah menyampaikan sumbangan kepada kakitangan yang terkesan akibat banjir iaitu Puan Sharifah binti Ismail, Pembantu Belia dan Sukan (Gred S2).
Inisiatif murni ini merupakan salah satu usaha berterusan JBSN Melaka dalam menjaga kebajikan warganya. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban beliau sekeluarga.