AYER KEROH, 23 Julai 2026 - Unit Aset JBSN Melaka telah membuat lawatan dan pemeriksaan aset alat pemadam api di Kompleks Sukan Masjid Tanah (KSMT), Melaka.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan alat pemadam api belum tamat tempoh dan diselenggara dengan baik. Pegawai pemeriksa yang hadir adalah Puan Noorfatehah binti Hashim dan dibantu oleh Puan Mariati binti Mazlan.
AYER KEROH, 23 Julai 2026 - Sesi Perbincangan Pengujian Produk Hybric Portable Eco Supply (H_PES) oleh Pensyarah Utama, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka iaitu Dr. Hasmaini binti Hashim bersama Pengarah JBSN Melaka, YBrs. Tuan Zailani bin Siran telah diadakan bertempat di Bilik Bincang JBSN Melaka.
Hybrid Portable Eco Supply (H_PES) ialah sistem penjanaan kuasa mudah alih mesra alam yang menggabungkan pengecasan solar dan AC (Alternating Current) bagi memastikan bekalan kuasa berterusan ketika kecemasan, aktiviti luar atau gangguan bekalan elektrik dan sangat praktikal bagi kegunaan program jabatan.
KEMAMAN, 22 Julai 2026 – Sedang berlangsung Perbincangan Penyelarasan Pelaksanaan Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda (SRM) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2026 bersama Tuan Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah Insititut Kemahiran Belia (IKBN) Tanah Merah selaku ketua fasilitator, Encik Nor Hisham bin Mohamad, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta barisan fasilitator dan urusetia daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Perbincangan ini diadakan bagi menyelaras perancangan serta memperincikan pelaksanaan bengkel yang bakal dilaksanakan. Program ini juga diharap dapat melahirkan pemimpin belia yang lebih berketerampilan, proaktif dan berupaya menjadi ejen perubahan positif di kampus serta dalam komuniti.
AYER KEROH, 22 Julai 2026 – Telah berlangsung pelepasan pergerakan seramai 33 orang peserta daripada enam (6) institusi pengajian tinggi dan pendidikan di Negeri Melaka telah bergerak ke Kemaman, Terengganu bagi menyertai Bengkel Pengukuhan SRM IPT di Kemaman.
Peserta yang terlibat terdiri daripada wakil pelajar daripada Politeknik Merlimau, MMU College, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UCAM), Universiti Geomatika Malaysia, Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek dan Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka.
Perlepasan peserta telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh penglibatan mahasiswa dalam pembangunan belia serta meningkatkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform kepada para peserta untuk memperkasa pengetahuan, kemahiran serta kepimpinan mahasiswa, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam pelbagai inisiatif pembangunan negara.
JASIN, 21 Julai 2026 - Kampung Ayer Merbau, Jasin telah menjadi lokasi Lawatan Tapak Projek Ternakan Kelulut bagi Program Agro Belia Lestari @Rakan Mahir Negeri Melaka 2026. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek ternakan kelulut yang diusahakan oleh belia, di samping memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta memberi impak positif kepada pembangunan keusahawanan agro dalam kalangan belia.
Melalui sesi lawatan tersebut, peserta turut berkongsi perkembangan semasa projek, cabaran yang dihadapi serta perancangan untuk memperluaskan pengeluaran hasil madu kelulut. Program ini diharap dapat memperkukuh kemahiran, meningkatkan pendapatan belia serta menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang agro sebagai kerjaya yang berpotensi.
Projek ternakan kelulut ini sebelum ini telah muncul sebagai Johan Program Agro Belia Lestari @Rakan Mahir Peringkat Negeri Melaka 2026 dan menerima dana pembangunan projek bagi mengembangkan lagi perusahaan tersebut. Tahniah kepada Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin atas kejayaan tersebut disamping dapat menjana ekonomi dalam kalangan ahlinya.
AYER KEROH, 20 Julai 2026 - Sesi Perbincangan Cadangan Pelaksanaan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bersama Pegawai dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Melaka Tengah iaitu PPgKR Abu Sofian bin Idris telah diadakan bertempat di Bilik Bincang JBSN Melaka.
Perbincangan memfokuskan kepada skop tugas, kadar elaun serta pemantauan dan penugasan di JBSN Melaka.
Hadir bersama dalam pertemuan ini adalah PPgKR Razali bin Salim dan Muhammad Daniel bin Mohd Sabri (PTU).
PANTAI KUNDOR, 20 Julai 2026 - Suasana di Pentas Budaya Pantai Kundor malam ini bertukar gamat apabila orang ramai membanjiri lokasi bagi menyaksikan Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol menentang Argentina. Perlawanan penuh mendebarkan itu menyaksikan Sepanyol muncul juara selepas menewaskan Argentina 1-0.
Program turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor menyantuni para peminat bola sepak dalam suasana penuh mesra. Hadir sama ialah YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan.
Selain tayangan perlawanan bola sepak, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya seperti Sepak Penalti, Mari Mencuba Memanah dan Cabutan Bertuah. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjadikan program ini platform memupuk semangat kesukanan dan perpaduan rakyat Melaka.
AYER KEROH, 20 Julai 2026 – Kehangatan aksi final Piala Dunia 2026 turut dirasai apabila peminat bola sepak berhimpun di Atrium Luar Melaka Mall bagi mengikuti Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 yang menemukan Sepanyol dan Argentina. Perlawanan penuh dramatik itu menyaksikan Sepanyol dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0.
Program telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, yang meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para peminat bola sepak sebelum sepak mula perlawanan. Turut hadir ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan program, pelbagai aktiviti sampingan telah disediakan antaranya pertandingan Sepak Penalti, Juggling Challenge dan Cabutan Bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman menyaksikan perlawanan akhir secara bersama, malah menjadi wadah memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.
KOMBES, 19 Julai 2026- Telah berlangsung acara Futsal Sukan Melaka 2026 bagi merebut Piala YAB Ketua Menteri Melaka (Peringkat Kumpulan) pada 18 dan 19 Julai 2026 bertempat di Gelanggang Futsal KOMBES Melaka. Program anjuran Majlis Sukan Negeri Melaka ini melibatkan 28 pasukan terdiri daripada setiap DUN dalam Negeri Melaka.
Semangat juang luar biasa menjadi taruhan utama setiap pasukan futsal dan hadir bertanding pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.
Tahniah kepada yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Jumpa lagi di peringkat akhir pada 25 Julai 2026!