TAYANGAN SKRIN BESAR PIALA DUNIA 2026 DI MELAKA MALL MERIAH

AYER KEROH, 20 Julai 2026 – Kehangatan aksi final Piala Dunia 2026 turut dirasai apabila peminat bola sepak berhimpun di Atrium Luar Melaka Mall bagi mengikuti Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 yang menemukan Sepanyol dan Argentina. Perlawanan penuh dramatik itu menyaksikan Sepanyol dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0.

Program telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, yang meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para peminat bola sepak sebelum sepak mula perlawanan. Turut hadir ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan program, pelbagai aktiviti sampingan telah disediakan antaranya pertandingan Sepak Penalti, Juggling Challenge dan Cabutan Bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman menyaksikan perlawanan akhir secara bersama, malah menjadi wadah memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search