MELAKA, 8 November 2025 – Majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka telah berlangsung melibatkan Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka melibatkan 13 orang atlet para dan 4 orang penggerak telah menerima honorarium tersebut bertempat di Sekolah Sukan Negeri, SMK Seri Kota. Dalam majlis yang sama turut diadakan penyerahan baju latihan Para Negeri Melaka kepada atlet dan penggerak sukan yang terlibat. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan dlmemperkukuh persediaan atlet para negeri menjelang Para SUKMA 2026, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi negeri dalam memperkasa pembangunan sukan
AYER KEROH, 5 November 2025 (Rabu) – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah menganjurkan Seminar Keselamatan (Kesedaran Kebakaran) yang diadakan di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Melaka. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kakitangan jabatan terhadap aspek keselamatan khususnya langkah-langkah pencegahan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh wakil daripada Syarikat Safety Protection Academy (Akademik Keselamatan) yang berpengalaman dalam bidang latihan keselamatan dan kebakaran. Turut hadir dalam seminar ini ialah Encik Mohd Khairol Bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Melaka. Penganjuran seminar ini diharap dapat memupuk budaya kerja yang selamat serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan warga jabatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
AYER KEROH, 5 November 2025 - Satu Sesi Libat Urus bersama pihak berkepentingan Industri Pembinaan di Negeri Melaka telah diadakan pada 5 November 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sesi ini melibatkan wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Melaka) bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM). Tujuan utama penganjuran sesi ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta memperkukuh makluman dan kefahaman mengenai bidang industri pembinaan, khususnya dalam konteks keselamatan dan pembangunan fizikal Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta Encik Khairul Anwar Bin Kamarulzaini, Pengurus Bahagian Operasi CIDB Negeri Melaka.
𝗗𝗨𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟, 𝟭 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 4 Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗪𝗥𝗨𝗥) 𝗗𝗨𝗡 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Alor Gajah dengan kerjasama 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵, dan telah diadakan di 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺, 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡) 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 telah turut serta dalam menjayakan program ini. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, melibatkan gotong-royong membersihkan kawasan masjid di bahagian dalam dan luar. Turut hadir menyantuni para sukarelawan ialah 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗭𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗹, ADUN Durian Tunggal, manakala majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣. 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka. Hadir sama memeriahkan program ialah 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗞𝗼𝗹𝗼𝗻𝗲𝗹 (𝗕) 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗸 𝗞𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗹𝗶, Pengerusi Masjid Imam Muslim, Kg. Belimbing Dalam. Program ini bukan sahaja memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia, malah memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO belia, dan masyarakat setempat dalam usaha membudayakan nilai prihatin serta tanggungjawab sosial.
GADEK, Melaka 1 November 2025 – Sawah Gadek bertukar menjadi lautan keriangan apabila lebih 600 peserta membanjiri kawasan itu bagi menyertai Program Sukan Komuniti Luar Bandar Melaka 2025 yang berlangsung dengan bertemakan tradisional dan penuh warna-warni. Suasana meriah sejak awal pagi dengan aktiviti senamrobik diikuti pelbagai acara menarik berunsur tradisi dan kampung seperti fun walk, memanah, memancing ikan, mengocak ikan, menangkap itik, pukul bantal, tiang licin serta tarik tali yang menjadi kemuncak acara dan mencuri tumpuan ramai. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir menyerikan majlis ialah YB Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah, serta YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada MAMEE, F&N serta pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang sama-sama berganding bahu menjayakan acara tersebut. Dengan sorakan, tawa dan semangat kesukanan yang membara, Program Sukan Komuniti Luar Bandar Melaka 2025 bukan sekadar program sukan sahaja tetapi menjadu simbol kesepaduan komuniti, warisan desa dan semangat Melaka yang luar biasa.
LANGKAWI, 1 Nov 2025 - Bengkel Pelan Strategik Melakaku Majujaya 2035 (PSMJ2035) Fasa 1 telah diadakan di Langkawi,Kedah dari 30 Oktober hingga 1 November 2025. . Bengkel ini bertujuan menyelaras laporan pencapaian bagi setiap Flagship dalam PSMJ. Flagship 12: Belia dan Sykan telah diwakili oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin dan Encik Mizan bin Malik sebagai Urusetia. . Bengkel PSMJ2035 ini telah dirasmikan oleh Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
CHERAS, 1 November 2025 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka yang telah berjaya memenangi 4 Emas, dan 1 Gangsa di Kejohanan Karnival Sirkit Akhir Sukan Para Kebangsaan Allianz-MSN 2025 yang berlangsung di Stadium IPG Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur 28 hingga 31 Oktober 2025.
KEPUTUSAN: MUHAMMAD ZIKRI BIN ZAKARIA - F55 LONTAR PELURU LEMPAR CAKERA MUHAMMAD HAFIQ HIZWAN BIN - T46 100 meter MOHAMAD KHAIRULNIZAM BIN MOHAMAD ALI - F13 LEMPAR CAKERA REJAM LEMBING
Tahniah dan terima kasih buat jurulatih dan atlet. Anda kebanggaan kami
MELAKA, 25–26 Oktober 2025 – Karnival Hobi Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Mahkota Parade Shopping Centre terus mencuri perhatian warga Melaka apabila ribuan pengunjung hadir memeriahkan suasana sepanjang dua hari penganjurannya. Hari pertama membuka tirai dengan penuh semangat melalui pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Tamiya Super FM Battle Road To Japan, Buskers Rakan Muda, dan Pertunjukan Money Heist Costume yang menonjolkan kreativiti dan gaya luar biasa para peserta. Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Tamiya turut disempurnakan oleh Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Kemeriahan diteruskan pada hari kedua dengan pelbagai aktiviti mencabar dan interaktif antaranya Remote Control Jentera Berat, Pertandingan Cup Stacking, KAHOOT Challenge, Olympic Squid Games, Amazing Race, serta Robot War yang berjaya menarik penyertaan aktif golongan belia dan pengunjung. Karnival dua hari ini bukan sekadar ruang hiburan, malah menjadi platform bagi komuniti hobi dan belia untuk berkongsi minat, mengasah bakat serta memperkukuh semangat kesukarelawanan dan kebersamaan. Karnival Hobi Rakan Muda Negeri Melaka 2025 membuktikan bahawa minat dan hobi mampu menyatukan generasi muda dalam suasana yang positif, kreatif dan berinspirasi.
AYER KEROH, 28 Oktober 2025 - Persahabatan Bowling Supporters JBSNM sempena Program Y-Hub Negeri Melaka 2025 telah berlangsung di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh melibatkan penyertaan sebanyak 25 pasukan. . Program ini dilaksanakan sebagai platform jalinan kerjasama kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan belia Negeri Melaka. . Antara agensi yang mengambil bahagian dalam persahabatan tersebut ialah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Musaadah, Geomatika Melaka, Politeknik Merlimau, RTM Melaka, Pusat Komuniti Digital dan Kreatif Melaka, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka, MGBD Jasin, MGBD Melaka Tengah, Kelab Sukan Rekreasi Redtma, MGBD Alor Gajah, Harian Metro, IKTBN Alor Gajah dan MAYC Seri Pengkalan Lambak. . Berikut adalah senarai pasukan yang menang :- Johan - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Naib Johan - Majlis Perbandaran Alor Gajah Ketiga - Majlis Perbandaran Jasin Keempat - 4B Solok Tangga Batu Kelima - RTM Negeri Melaka . Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki telah dimenangi oleh Noor Azmi bin Omar dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Manakala Jatuhan Pin Tertinggi Wanita telah dimenangi oleh Nurhanita Binti Mohamed Hamdan dari Majlis Perbandaran Alor Gajah. . Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.