PROGRAM INSPIRE iTALENT PERINGKAT DAERAH JASIN 2026 PERKENALKAN SUKAN KEPADA BELIA OKU DAN SLOW LEARNER

JASIN, 2 Julai 2026 – Suasana Dewan MPJ Lipat Kajang, Jasin hari ini dipenuhi dengan semangat dan keceriaan apabila seramai 43 orang pelajar OKU dan slow learner dari sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Jasin menyertai Program Inspire iTalent Peringkat Daerah Jasin 2026.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang penglibatan dalam bidang sukan, di samping membina keyakinan diri, semangat berpasukan dan gaya hidup aktif.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diperkenalkan dengan tiga jenis sukan yang menjadi antara acara utama bagi atlet OKU, iaitu boling, badminton dan olahraga. Melalui sesi pengenalan dan aktiviti praktikal yang dijalankan, peserta berpeluang mengenali asas setiap sukan serta mencuba sendiri aktiviti yang disediakan dalam suasana yang menyeronokkan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat membuka ruang kepada lebih ramai belia OKU untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan seterusnya mencungkil bakat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Turut hadir ialah En. Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta En. Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search