LAWATAN TAPAK TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2026

PANTAI KUNDUR, 8 Julai 2026 – Perbincangan dan lawatan tapak bagi penganjuran Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 Peringkat Negeri Melaka sedang berlangsung di JAPERUN Pantai Kundur dan Pentas Budaya Pantai Puteri.

Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd shaiful bin Khairoddin, Pegawai Perhubungan kepada ADUN Pantai Kundur. Turut hadir YB Datuk Tuminah binti Kadi @ Mohd Hasim bersama di lawatan tapak bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar demi keselesaan dan kemeriahan pengunjung. Hadir sama YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Program tayangan skrin besar ini akan diadakan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Pantai Kundur pada 20 Julai 2026 (Isnin), jam 3.00 pagi bertempat di Pentas Budaya Pantai Puteri, Melaka.

Ayuh warga Melaka! Sama-sama hadir memeriahkan suasana dan menyaksikan aksi kemuncak Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 secara beramai-ramai dalam suasana penuh semangat dan perpaduan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search